Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Musa Puas Hati Pelaksanaan Projek Pembangunan Rakyat Di Pekan Muhibbah

10:16pm 08/06/2014 Pak Roshan 95 views Kota Kinabalu,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

muhibbah

SANDAKAN: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berpuas hati dengan kerja-kerja pembinaan projek kemudahan rakyat yang telah dan sedang dilaksanakan di kawasan Pekan Muhibbah, Batu 12 dekat sini, sebuah pekan baharu yang diwujudkan dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga.

Menurut beliau projek berkenaan antara lain meliputi pembinaan 500 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pekan Muhibbah dengan kos RM75 juta, bangunan Sedcovest dua blok 12 unit dengan kos RM3.8 juta serta bangunan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan Libaran.

Katanya pembinaan Kompleks Sukan Komuniti Libaran di kawasan seluas 1.8 hektar di Pekan Muhibbah Sandakan dengan kos RM4 juta telah siap pada 31 Dis lepas memberi manfaat kepada penduduk sekitar.

Beliau berkata dewan kompleks sukan itu mampu menampung antara 800-1,000 orang dalam satu-satu masa selain terdapat kemudahan gelanggang futsal, takraw dan sukan lain.

“Saya berharap kontraktor yang dilantik akan meneruskan kerja-kerja mengikut spesifikasi dan tempoh masa yang ditetapkan.

“Setakat ini menerusi tinjauan, lawatan dan taklimat yang diberikan, saya berpuas hati dengan kerja-kerja yang telah dan sedang dilaksanakan,” katanya ketika ditemui selepas melawat projek pembangunan rakyat di Pekan Muhibbah.

Musa yang juga Adun Sungai Sibuga berkata faktor cuaca yang baik juga menyumbang kepada kelancaran kerja-kerja penyiapan projek berkenaan.

Beliau berkata pelaksanaan projek pembangunan itu merupakan antara hasrat dan aspirasi kerajaan dalam menyalur pembangunan bukan sahaja di kawasan DUN Sungai Sibuga malah ke seluruh negeri ini.

Katanya pembangunan yang disalurkan juga bagi memastikan rakyat secara keseluruhannya menerima tempias pembangunan hasil kebijaksanaan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan