Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Musa Minta Rakyat Sabah Perkuat Hubungan Sedia Ada

musa

KUALA LUMPUR– Seluruh rakyat, khususnya di Sabah, perlu bersama-sama memperkuat hubungan yang sedia terjalin demi memastikan kemakmuran negara terus terpelihara, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Untuk itu, beliau berkata sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept harus sentiasa diingati serta dihayati kerana ia adalah tarikh penggabungan Semenanjung, Sabah dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.

Musa turut melahirkan kesyukuran kerana selama 51 tahun berada dalam Malaysia, Sabah mencapai pelbagai pembangunan dan kemajuan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Pandan di sini Ahad.

Mengulas persiapan bagi menyambut Hari Malaysia kali ini, Musa berkata semuanya berjalan lancar.

“Ia akan disambut secara sederhana… Apa yang penting, kita perlu perkuat hubungan sedia ada supaya Malaysia terus aman, damai dan makmur. Kita semua rakyat Malaysia,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan