Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Musa menghadap Yang di-Pertua Negeri

KENDERAAN Tan Sri Musa Aman tiba di Istana Negeri untuk mengadap Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin. Foto Arjasneh Ahmad

 

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dilaporkan sudah menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini, sebentar tadi.

Musa bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sukarti Wakiman memasuki istana pada jam 10 pagi dan dilihat meninggalkan istana setengah jam kemudian.

 Difahamkan, pertemuan itu antara lagi bertujuan memaklumkan keadaan situasi semasa kerajaan negeri diketuai Musa yang baru saja mengangkat sumpah, malam kelmarin.

Sementara itu, petugas media tidak dibenarkan memasuki laluan ke istana yang ditutup serta dikawal oleh anggota polis.

Petugas media juga tidak dibenarkan pergi ke kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya.

Berikutan itu, petugas media terpaksa menunggu di kawasan Padang Merdeka, kira-kira satu kilometer dari istana.

Semalam, Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mengesahkan parti itu bersama PKR dan DAP memiliki 35 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekali boleh membentuk kerajaan dengan majoriti mudah.

Ia susulan enam ADUN BN menyertai WARISAN dan menandatangani deklarasi menyokong Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan