Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,690

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Musa: Masyarakat perlu hormati budaya kaum lain

10:17pm 23/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 39 views Tempatan
Musa (tengah) bersama dif-dif jemputan merasmikan Pesta Tarian Naga, Unikorn dan Singa 2016, petang tadi di Kompleks Sukan Likas. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

Musa (tengah) bersama dif-dif jemputan merasmikan Pesta Tarian Naga, Unikorn dan Singa 2016, petang tadi di Kompleks Sukan Likas. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

KOTA KINABALU- Persatuan Masyarakat Cina Bersekutu Sabah telah menganjurkan Pesta Tarian Singa, unikorm dan Naga untuk tahun 2016 bersempena dengan perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang tiba.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata menghormati budaya masyarakat lain merupakan sesuatu yang penting

“Kita di Sabah khususnya seringkali mengamalkan budaya hormat- menghormati antara satu dengan yang lain”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Pesta Tarian Singa, unikorn dan Naga untuk tahun 2016 di Kompleks Sukan Likas, di sini petang tadi.

Musa berkata lagi bahawa setiap lapisan masyarakat di negeri ini perlu bekerjasama di antara satu sama yang lain untuk terus menjalin persefahaman dan persahabatan.- Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

-Gambar Oleh Alex Mairin

-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan