Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Musa: Manfaatkan Balai Cerap al- Biruni

12:38pm 06/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 15 views i-Muslim,Tempatan
Yahya melihat anak bulan sebagai gimik pelancaran Majlis Ru'yah Hilal Rasmi Ramadan, disini, semalam

Yahya melihat anak bulan sebagai gimik pelancaran Majlis Ru’yah Hilal Rasmi Ramadan, disini, semalam

PUTATAN- Umat Islam di negeri ini disarankan agar memanfaatkan sepenuhnya Balai Cerap al- Biruni sebagai pemangkin bagi tujuan penyelidikan dan pendidikan yang berkaitan dengan Falak dan astronomi, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

“Balai Cerap al- Biruni merupakan balai cerap yang ke- empat di negara kita. Ini adalah salah satu mercu tanda Islam dan perkembangan ilmu falak dan astronomi di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Majlis Pelancaran Ru’yah Hilal Ramadhan Tahun 1437H/2016M, di Balai Cerap al-Biruni, disini, semalam.Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin.

Menurut Musa, majlis tersebut merupakan program tahunan yang amat penting kerana ia adalah acara rasmi Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Malaysia untuk merealisasikan Sunnah Baginda S.A.W, khasnya dalam menentukan dengan tepat kedatangan awal Ramadan, Syawal dan Zulhijah bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

“Majlis itu jelas membuktikan simbol kejayaan umat Islam dalam penerokaan ilmu astronomi atau dikenali sebagai ilmu falak dalam dunia Islam.

“Allah SWT menjadikan bulan yang mengandungi beberapa fasa adalah adalah bagi menetapkan masa agar setiap amalan dan kerja kita dapat dilaksanakan dengan penuh teratur membolehkan setiap pekerjaan memperoleh hasil yang terbaik,”katanya.

Disamping itu, Musa turut menyeru kepada seluruh umat Islam di negeri ini agar meningkatkan amal ibadah bersempena kedatangan bulan Ramadan al- Mubarak.

Katanya, program amal jariah dan sedekah perlu diperbanyakkan bagi membantu golongan yang memerlukan dan kurang bernasib baik.

Hadir sama, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, DAtuk Haji Mohd. Arifin Haji Mohd Arif, Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Ustaz Haji Bungsu@ Aziz Haji Jaafar, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Ustaz Hamdani Omar dan Ketua Hakim Syar’ie Negeri Sabah di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Sabah, Datuk Jasri@ Nasip Mat Jakir.- Elezebeth Esther/ SayangSabah

Bungsu (kanan) bersama Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Sabah menurunkan tandatangan selepas menjalankan upacara Ru'yah Hilal Ramadan

Bungsu (kanan) bersama Ahli Jawatankuasa Melihat Anak Bulan Negeri Sabah menurunkan tandatangan selepas menjalankan upacara Ru’yah Hilal Ramadan

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan