Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Musa Mahu Polis Siasat Insiden Serang Hendap Di Pulau Mabul

musamabul

KOTA KINABALU — Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengarahkan polis menjalankan siasatan daripada semua sudut mengenai insiden serang hendap di Pulau Mabul yang mengorbankan seorang anggota polis marin.

“Saya telah diberi taklimat. Semua motif sedang disiasat termasuk kemungkinan membalas dendam susulan langkah mengetatkan penguatkuasaan di perairan Sabah. Pihak berkuasa berkenaan mesti menyiasat daripada semua aspek bagi menangani insiden itu.

“Kumpulan itu semakin berani dalam tindakan mereka,” kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.

Musa berkata lebih banyak yang perlu dilakukan dalam konteks meningkatkan risikan dan penyelarasan dengan rakan sejawatan di Filipina.

Beliau berkata kerjasama dan penyelarasan penuh antara pihak polis, pengawal pantai marin dan angkatan tentera juga perlu dilakukan.

“Saya juga ingin memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri Sabah akan memberi semua bantuan yang perlu kepada keluarga mangsa dalam keadaan yang sukar ini,” kata beliau.

Kira-kira 11.10 malam tadi, sekumpulan lapan lelaki yang lengkap bersenjata menyerang hendap sebuah resort di Pulau Mabul dan membunuh seorang anggota polis marin Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, dan menculik Konstabel Zakian Aleip, 26.

Komen


Berita Berkaitan