Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Musa letak jawatan Presiden SAFA

KOTA KINABALU: Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) mengesahkan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman telah meletakkan jawatan sebagai Presiden SAFA menerusi surat peletakan jawatan dikemukakan pada 26 Mei lalu.

Perkara itu diumumkan Jawatankuasa Eksekutif SAFA hari ini yang turut mengumumkan Datuk Lawrence Gimbang serta Datuk Harun Ismail, masing-masing turut meletakkan jawatan sebagai Timbalan Presiden dan Naib Presiden badan induk itu, berkuat kuasa esok.

Setiausaha Agung SAFA, Alijus Sipil berkata, keputusan penting itu membolehkan peralihan pentadbiran SAFA berikutan pertukaran pemerintahan kerajaan negeri yang selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), bulan lalu.

“Ia juga berdasarkan nasihat daripada pegawai Pesuruhjaya Sukan Sabah yang memaklumkan kepada kami bahawa peletakan jawatan secara blok atau keseluruhan tidak boleh dilakukan kerana ia akan mengakibatkan SAFA terpaksa dibubarkan dan perlu didaftar semula. Ini mengambil masa yang panjang.

“Sehubungan itu, keputusan terbaik ialah peletakan jawatan penting dalam persatuan ini membabitkan presiden, timbalan presiden serta seorang naib presiden,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif SAFA, hari ini.

Satu lagi jawatan Timbalan Presiden SAFA turut kosong susulan kematian bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Mac lalu.

Alijus berkata, SAFA akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa Rabu ini bagi membolehkan kongres tahunan diadakan secepat mungkin, seterusnya mengisi jawatan yang ditinggalkan.

“Berdasarkan Perlembagaan SAFA, untuk mengadakan kongres ia memerlukan 90 hari dan bagi kami ia satu jangka masa yang panjang.

“Bagaimanapun, kita boleh memendekkan tempoh itu menerusi mesyuarat agung luar biasa dan kita akan bentangkan untuk memendekkan tempoh 90 hari itu kepada 14 hari dan sekiranya tiada sebarang halangan, kongres tahunan bakal diadakan pada 5 Julai,” katanya.

Tambah beliau, Datuk Yusof Kassim yang juga Naib Presiden SAFA akan memangku tugas sebagai presiden sehinggalah kongres diadakan.

Sementara itu, Lawrence ketika ditemui berkata, beliau meletakkan jawatan demi kepentingan SAFA serta hala tuju bola sepak di negeri ini.

“Saya difahamkan SAFA akan diberi ‘wajah baharu’ dan harapan saya mereka yang mengambilalih nanti dapat memajukan lagi sukan bola sepak di Sabah.

“Saya juga berterima kasih kepada semua pihak yang memberi sokongan dan kerjasama kepada saya dan SAFA. Selama ini saya berkhidmat secara sukarela dan tanpa dibayar apa-apa, namun saya tidak pernah putus asa untuk memajukan bola sepak Sabah. Saya ucapkan selamat maju jaya kepada SAFA,” katanya. –¬†Oleh Ryan Stanley/BH Online

SETIAUSAHA Agung SAFA, Alijus Sipil (duduk, tiga dari kanan) dan Datuk Lawrence Gimbang (duduk, tengah) bersama Jawatankuasa Eksekutif SAFA selepas mesyuarat di pejabat SAFA di Kota Kinabalu. – Foto Ryan Stanley

Komen


Berita Berkaitan