Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Musa lawat Rozaimi, keluarga allahyarham Awangku Mohd. Farris

Musa diiringi beberapa pegawai Sabah FA meluangkan masa melihat keadaan Rozaimi di Pusat Kesihatan KJP. - foto ihsan JKM
Musa diiringi beberapa pegawai Sabah FA meluangkan masa melihat keadaan Rozaimi di Pusat Kesihatan KJP. – foto ihsan JKM

KOTA KINABALU – Nasib menimpa pemain bola sepak Sabah, Rozaimi Abdul Rahman yang cedera parah dalam kemalangan jalan raya, semalam, mendapat perhatian Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang meluangkan masa melawatnya di Pusat Kesihatan KPJ, di sini hari ini.

Kemalangan itu turut mengorbankan nyawa rakan Rozaimi yang juga bekas pemain Sabah Bawah 19 Tahun, allahyarham Awangku Mohd. Farris Mahamud.

Musa berkunjung ke rumah keluarga allahyarham Awangku Mohd. Farris di Kampung Likas. - foto ihsan JKM
Musa berkunjung ke rumah keluarga allahyarham Awangku Mohd. Farris di Kampung Likas. – foto ihsan JKM

Dalam kejadian tersebut yang berlaku di Kilometer 3.5 Jalan Tuaran berhampiran SJKC Shan Tao, kereta Honda Civic yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok serta merempuh dinding sebuah rumah di lokasi kemalangan.

Dalam perkembangan berkaitan, Musa yang diiringi pegawai Persatuan Bola Sepak Sabah (Sabah FA) turut berkunjung ke rumah keluarga allahyarham Awangku Mohd. Faris, dan bertemu bapa mangsa iaitu Mahamud Sulaiman dan Dayang Pariam Awang Taib di Kampung Likas. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan