Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,670

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Musa: Keadaan keselamatan semasa di Sabah terkawal

3:55pm 25/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 51 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
musa aman

Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman

KOTA KINABALU- Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman menyeru kepada seluruh rakyat negeri ini untuk memberi kerjasama kepada pihak kerajaan untuk menangani sebarang bentuk ancaman yang wujud di negeri ini.

Menurut beliau, rakyat perlu terus memberi keyakinan kepada kerajaan dan pasukan keselamatan dalam menangani sebarang bentuk ancaman.

“Rakyat perlu menjadi mata dan telinga kepada pihak kerajaan dan pihak tertentu khususnya pihak keselamatan.

Selain itu, rakyat diseru untuk menyalurkan apa jua maklumat berkaitan sesuatu petunjuk yang mencurigakan di tempat masing-masing supaya langkah pencegahan yang segera dapat diambil oleh pihak berkuasa.

Musa berkata demikian ketika sidang media sempena mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Sabah, di Wisma Innoprise, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Musa berkata pihak JKKN Sabah memberi tumpuan yang serius dalam menilai situasi semasa ancaman keselamatan di negeri ini.

“JKKN Sabah telah memberi penekanan terhadap pengaruh dan ancaman kumpulan militan termasuk Islamic States (IS) di negeri ini.

“Pihak berkuasa keselamatan telah diarah untuk memantau secara dekat sebarang petanda dan bentuk ancaman yang wujud dan tindakan-tindakan pencegahan secara berterusan akan diambil”, kata Musa.

Disamping itu, menurut Musa, semua agensi keselamatan akan meningkatkan keupayaan dan bekerjasama sebagai satu pasukan untuk bertindak terhadap kebarangkalian sebarang bentuk ancaman yang boleh berlaku di Sabah.

Tambahan beliau, JKKN Sabah akan sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan berada di tahap yang tinggi demi memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat dan negeri Sabah terus terpelihara.-Oleh Elezebeth Esther/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan