Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,728

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Musa: Jadikan bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan

5:06pm 22/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 34 views Tempatan
RASMI... Jainab merasmikan Karnival ONE SSM Sabah 2016 di Riverson@Sembulan, disini, hari ini.

RASMI… Jainab merasmikan Karnival ONE SSM Sabah 2016 sambil disaksikan Zahrah (kiri) di [email protected], disini, hari ini. Foto: Alex Mairin/ SayangSabah

KOTA KINABALU- Para belia dan siswazah disarankan jadikan bidang
keusahawanan sebagai kerjaya pilihan, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk
Seri Panglima Musa Hj. Aman.

Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa memberi sokongan dengan membuka
ruang dan peluang kepada para usahawan yang berusaha untuk memajukan perniagaan mereka.

“Jika dahulu orang lebih cenderung untuk makan gaji tetapi kini kita
mahu mengubah kecenderungan itu.

“Sebaliknya, kita mahu menanamkan budaya menjadikan keusahawanan
sebagai satu kerjaya pilihan masyarakat kini,”katanya semasa berucap
sempena majlis perasmian karnival Online Networking Entrepreneurs
(ONE) di [email protected], disini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibaca oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal
Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid.

Disamping itu, Musa berkata para usahawan perlu lebih kreatif dan
inovatif dalam menghasilkan produk berkualiti yang kompetitif, serta
memenuhi kehendak pengguna.

“Saya yakin dengan kegigihan, semangat dan disiplin yang tinggi dalam
perniagaan serta bimbingan dan kerjasama semua pihak, kita akan dapat
mewujudkan serta mengembangkan propek dan potensi usahawan di negeri
ini.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Dato’ Sri Jamil Salleh menyeru kepada semua peniaga termasuk peniaga atas talian agar mendaftarkan perniagaan
mereka.

“Banyak faedah yang bakal diperoleh seperti apa yang disediakan oleh
agensi- agensi kerajaan dan sektor korporat kepada para peniaga yang
telah mendaftar.

“Bila mereka berdaftar, orang ramai mula yakin dan akan membeli produk
serta perkhidmatan mereka. ”katanya.

Selain itu, Jamil yang juga merupakan Pengerusi SSM berkata karnival
tersebut dapat memberi peluang kepada para perniaga untuk mencipta
rangkaian perniagaan yang luas.

Terdahulu, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menganjurkan Karnival
ONE SSM Sabah 2016 selama dua hari, bermula semalam sehingga hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Dato’ Zahrah Abd Wahab
Fenner. – Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan