Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,504

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MUSA INGATKAN WAKIL RAKYAT DAN PEMIMPIN MASYARAKAT TURUN PADANG

11:59am 22/05/2014 Pak Roshan 17 views Sandakan,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

pic-20
SANDAKAN: Wakil Rakyat dan Pemimpin Masyarakat diingatkan sentiasa turun padang untuk mendekati rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman membuat peringatan tersebut dan berkata bahawa melalui pendekatan tersebut, segala masalah yang timbul dapat diketahui dan diselesaikan.

Musa berkata demikian pada program Pemimpin Bersama Rakyat serta Majlis Penyampaian Bantuan Murid Sekolah dan Golongan Kurang Mampu di Dewan Kampung Padas pada Rabu.

Selari dengan saranan Perdana Menteri katanya adalah menjadi tanggungjawab wakil-wakil rakyat dan ahli parlimen untuk sentiasa turun padang, berjumpa dan bermesra dengan rakyat serta membantu mereka yang memerlukan bantuan dari masa ke semasa.

Katanya, melalui Program Pemimpin bersama Rakyat juga pemimpin dapat bertukar-tukar pendapat dan mengeratkan hubungan yang baik bersama rakyat.

” Program ini akan kita lakukan bukan sahaja pada musim pilihanraya tetapi dari masa ke semasa” katanya lagi sambil menegaskan kepada wakil rakyat dan ahli parlimen agar tidak mengamalkan istilah pemimpin bermusim tetapi pemimpin sepenuh masa untuk terus mendapat sokongan rakyat kepada kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menyentuh mengenai isu tanah, Musa berkata satu perbincangan akan diadakan bersama pihak Borneo Samudera dan Sawit Kinabalu bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Musa turut menegaskan bahawa pasukan keselamatan termasuk pihak polis dan Escomm telah diarahkan untuk memperketatkan kawalan keselamatan di Kawasan Pantai Timur Sabah.

“Peminpin masyarakat dan Jawatakuasa Kampung perlu peka dalam membantu pasukan keselamatan dengan memberikan maklumat yang diperlukan,” katanya.

Seramai 200 orang murid sekolah dan lima warga emas menerima sumbangan pada majlis tersebut.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan