Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Musa hargai bantuan pelbagai pihak kepada mangsa bencana

Musa menerima replika cek RM3000,000 daripada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS Datuk Wan Zulkiflee Wan Arrifin untuk tabung bencana.
Musa menerima replika cek RM3000,000 daripada Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS Datuk Wan Zulkiflee Wan Arrifin untuk tabung bencana.

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang tampil menghulurkan sumbangan dan bantuan khususnya untuk mangsa gempa bumi.

Katanya, bantuan yang disumbangkan menerusi Tabung Jawatankuasa Bencana Negeri dapat membantu meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa bencana di negeri ini.

“Saya rasa syukur kerana begitu banyak pihak tampil bukan sahaja agensi kerajaan, tetapi juga termasuk NGO dan sektor korporat memberikan sumbangan kepada mangsa gempa bumi menerusi Tabung Bencana Negeri,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis penyerahan sumbangan RM3000,000 daripada Petronas kepada Tabung Jawatankuasa Bencana Negeri untuk mangsa gempa bumi di sini hari ini.

Menurutnya, tradisi dan amalan saling membantu antara satu sama lain terutama golongan yang memerlukan perlu diteruskan dari masa ke semasa.

Musa turut mengucapkan terima kasih atas sumbangan Petronas yang disifatkan beliau sebagai sektor korporat yang bertanggungjawab demi menunaikan tanggungjawab membantu rakyat.

“Sumbangan ini akan kita salurkan dengan sebaiknya untuk dimanfaatkan kepada golongan yang memerlukan dan membantu mangsa bencana lain yang terjejas,” katanya lagi. – Oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan