Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Musa harap kerjasama KUYS, Otago University dapat memberi manfaat bersama

JALIN KERJASAMA... Naib Canselor KUYS, Prof Datuk Dr Ghazally Ismail (kanan) dan Naib Canselor Otago University Prof Harlene Hayne (kiri) bertukar dokumen Memorandum Persefahaman sambil disaksikan oleh Musa (dua dari kanan) dan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Haji Ahmad.
JALIN KERJASAMA… Naib Canselor KUYS, Prof Datuk Dr Ghazally Ismail (kanan) dan Naib Canselor Otago University Prof Harlene Hayne (kiri) bertukar dokumen Memorandum Persefahaman sambil disaksikan oleh Musa (dua dari kanan) dan Pengarah Yayasan Sabah, Datuk Sapawi Haji Ahmad.

KOTA KINABALU – Kolej Universiti Yayasan Sabah (KUYS) hari ini mencatat sejarah apabila buat julung kalinya secara rasmi menjalinkan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan universiti dari New Zealand.

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara KUYS dengan Otago University berlangsung di The Magellan Sutera, di sini hari ini yang disaksikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Musa dalam ucapannnya berkata, sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, beliau berharap pelan kerjasama itu dapat dilaksanakan seterusnya mampu memberikan manfaat berguna kepada kedua-dua pihak.

“Sesetengah pihak berpendapat bahawa kerjasama ini mustahil dapat dicapai berikutan jurang pengalaman berbeza antara Otago University yang telah diwujudkan sejak hampir 150 tahun lalu dengan KUYS yang hanya berusia setahun.

“Tetapi hari ini, kita membuktikan bahawa ia mampu dilaksanakan biarpun terdapat jurang yang besar, namun kedua-dua pihak tetap yakin kerjasama berkenaan mampu memberikan manfaat kepada institusi masing-masing,” katanya.

Beliau berkata, walaupun KUYS telah menjalinkan hubungan dengan beberapa institusi pengajian terkemuka luar negara, tetapi ini merupakan kali pertama institusi milik penuh Yayasan Sabah itu berjasama dengan universiti dari New Zealand.

“Sabah ingin belajar daripada pengalaman anda dan saya pasti Otago University boleh menyediakan maklumat yang berguna untuk mencapai kecemerlangan dalam pendidikan,” katanya.

Dalam pada itu, Musa juga yakin kerjasama berkenaan dapat mencetuskan minat bersama dalam menjalankan penyelidikan berkaitan industri pelancongan.

Beliau berkata, industri pelancongan juga merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi Sabah dengan jumlah kemasukan pelancong asing ke negeri ini kira-kira tiga juta orang setiap tahun sekaligus memberikan banyak faedah sampingan termasuk peluang pekerjaan.

“Tidak dinafikan bahawa industri tersebut turut memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi New Zealand,” katanya lagi.

Sementara itu, Musa berkata, dalam masa tiga tahun KUYS bakal diberikan status Universiti penuh, menjadikan ia setaraf dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Ini adalah komitmen kerajaan terhadap kepentingan pendidikan yang merupakan penentu kepada pertumbuhan ekonomi,” katanya.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan