Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Musa Harap Budaya Beramal Kebajikan Terus Subur Di Sabah

cm

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berharap budaya beramal kebajikan di kalangan rakyat Sabah yang berbilang kaum terutama dalam kalangan masyarakat Islam terus subur di negeri itu.

Musa berkata budaya seperti itu berperanan besar dalam usaha memperkasa ummah dalam pelbagai aspek.

“Kita amat bersyukur dan berbangga kerana kini telah banyak agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam yang aktif melaksanakan kegiatan amal kebajikan.

“Perkembangan yang memberangsangkan ini sedikit sebanyak adalah kesan daripada usaha dakwah dan tarbiah (pendidikan dan latihan) yang kita laksanakan selama ini,” katanya ketika berucap pada majlis Sungkai (berbuka puasa) Perdana Agensi-Agensi Islam Sabah di Dewan Saadah, Wisma Muis di sini malam ini.

Sementara itu, Musa juga mengingatkan umat Islam agar terus memberi perhatian kepada aspek pembangunan modal insan kerana ia merupakan elemen penting yang menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan negara.

Beliau berkata modal insan berkualiti berupaya memberi nilai tambah yang diperlukan oleh sesebuah negara sedang membangun bagi meningkatkan produktiviti yang dapat menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan