Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Musa hadiri Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina komponen parti, individu di Sandakan

Musa Aman dan isteri, menghadiri rumah parti Gerakan di Bandar Indah, Sandakan. - foto JKM
Musa Aman dan isteri, menghadiri rumah parti Gerakan di Bandar Indah, Sandakan. – foto JKM

SANDAKAN – Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Seri Faridah Tussin mengadakan kunjungan ke rumah terbuka Tahun Baharu Cina yang dihoskan oleh parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dan beberapa individu, di Sandakan hari ini.

Turut mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Teo Chee Kang; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Dr. Maximus Ongkili; Pengerusi Gerakan Negeri, Datuk Gordon Leong, Pembantu-pembantu menteri dan ketua-ketua komponen BN negeri.

Musa turut menghadiri Rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran PBS Cawangan Parlimen Batu Sapi di Sekolah Menengah Yu Yuan, Sandakan. - foto JKM
Musa turut menghadiri Rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran PBS Cawangan Parlimen Batu Sapi di Sekolah Menengah Yu Yuan, Sandakan. – foto JKM

Antara majlis yang dikunjungi Musa iaitu rumah terbuka anjuran Parti Gerakan yang dihoskan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, Datuk Au Kam Wah dan Datuk Peter Pang di Kelab Rekreasi Indah Jaya, Majlis Rumah Terbuka di kediaman Tan Sri Datuk Seri Andrew Liew; Parti Liberal Demokratik (LDP) dan PBS Cawangan Parlimen Batu Sapi di Sekolah Menengah Yu Yuan, Sandakan. – SayangSabah

Musa Aman (tengah) bersama pemimpin komponen BN ketika membuat kunjungan ke rumah terbuka Tahun Baharu Cina yang dihoskan Parti Liberal Demokratik (LDP) di Sandakan.  -foto JKM
Musa Aman (tengah) bersama pemimpin komponen BN ketika membuat kunjungan ke rumah terbuka Tahun Baharu Cina yang dihoskan Parti Liberal Demokratik (LDP) di Sandakan. -foto JKM

Komen


Berita Berkaitan