Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Musa gesa pendidik bersara beri nasihat, bimbingan kepada guru

8:48am 09/08/2016 Leolerry Lajius 11 views Pendidikan,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Zulkifli menyampaikan cendera kenangan kepada Musa.-Gambar Oleh JKM

Zulkifli menyampaikan cendera kenangan kepada Musa.-Gambar Oleh JKM

KOTA KINABALU: Pendidik yang bersara perlu memainkan peranan membimbing dan memberi nasihat kepada para guru agar terus menyokong usaha Kerajaan menjayakan agenda pendidikan.

Demikian kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, sewaktu kunjungan hormat oleh Persatuan Pesara Pegawai Pendidikan Malaysia, Cawangan Negeri Sabah, pada Isnin.

Menurutnya, persatuan juga boleh memainkan peranan mempromosi dan menyemarakkan semangat cintakan negara, keamanan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Selaku bekas pendidik yang dihormati masyarakat, sudah pasti peranan akan lebih berkesan selain kedudukan yang rapat dengan rakyat.

“Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan kewujudan pelbagai bentuk NGO dan berharap persatuan ini dapat terus menyokong dan membantu Kerajaan dalam pelaksanaan dasar dan program di pelbagai peringkat,” katanya.

Seramai 11 ahli jawatankuasa tertinggi Persatuan Pesara Pegawai Pendidikan Malaysia, Cawangan Negeri Sabah yang diketuai oleh Yang Dipertua, Datuk Haji Zulkifli Haji Jaafar hadir pada pertemuan tersebut di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah.

Turut hadir, Pengarah Pendidikan Sabah  Hajah Maimunah Suhaibul dan Pengarah Biro Tatanegara Sabah, Datuk Armizan Mohd Ali./SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan