Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Musa, Faridah hadiri majlis resepsi anak PM, TPM

Musa Aman dan Faridah (dua dari kanan) bersalaman dengan kedua mempelai, Najwa dan Idris.
Musa Aman dan Faridah (dua dari kanan) bersalaman dengan kedua mempelai, Najwa dan Idris.

 

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Seri Faridah Tussin menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Najwa Tan Sri Muhyiddin dan Idris Koh Keng Hui di Hotel Shangri-La, di sini semalam.

 

Majlis resepsi itu turut dihadiri Raja Permaisuri Agong, Ketua-ketua Negeri, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansur, Ketua-ketua Menteri, Menteri Besar dan Menteri Persekutuan serta wakil delegasi luar negara.

 

Terdahulu, pada Sabtu, Musa dan Faridah turut menghadiri majlis resepsi perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa Najib dan
Daniyar Kessikbayev yang diadakan di Pusat Perdagangan Kuala Lumpur. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan