Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Musa dirawat pakar kardiologi IJN

TAN Sri Musa Aman. – Foto NSTP

 

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, yang dibawa ke Institut Jantung Negara (IJN) semalam, kini menjalani pemeriksaan perubatan dan rawatan lanjut oleh pakar kardiologi.

Perkara itu disahkan peguamnya, Ridha Abdah Subri, yang turut memaklumkan pemeriksaan perubatan di institut itu dijalankan atas nasihat pakar kardiologi.

Beliau berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu mengulangi pendirian bahawa beliau sentiasa memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Katanya, Musa juga berharap sesi temubual dengan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat diteruskan secepat mungkin bagi membantu siasatan.

“Tan Sri Musa hadir untuk memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa (SPRM) semalam.

“Sesi temubual bermula dan Tan Sri Musa memberi kerjasama, bagaimanapun ketika proses temubual dijalankan, pihak SPRM membuat pemerhatian tahap kesihatan beliau kurang memuaskan.

“Sehubungan itu, Tan Sri Musa hadir ke IJN untuk mendapatkan nasihat pakar kardiologi IJN dan dimasukkan ke wad bagi tujuan pemeriksaan perubatan serta rawatan lanjut oleh pakar,” katanya menerusi kenyataan di sini, malam ini.

Semalam, NSTP melaporkan Musa yang hadir ke pejabat SPRM Putrajaya bagi diambil keterangan berhubung berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), dikejarkan ke IJN kerana sesak nafas. – Oleh Wan Faizal Ismayatim/BH Online

Komen


Berita Berkaitan