Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MUSA BUKAN DIKEJARKAN KE IJN

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman hanya menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital swasta Subang Jaya selepas memberi keterangan di pejabat SPRM, Putrajaya pada Khamis.

Sumber memberitahu Sabah News Today bahawa Musa bukanlah dikejarkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas dikatakan mengalami sesak nafas ketika beliau sedang menjalani soal siasat.

Walaubagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada Musa boleh memberi keterangan lagi esok pagi.

SPRM sebelum ini dilaporkan akan menunggu sehingga kesihatan Adun Sungai Sibuga itu mengizinkan untuk mengambil keterangan beliau.

Musa disiasat atas tuduhan “membeli” wakil rakyat untuk membolehkan BN Sabah menguasai majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri dan membolehkan mereka menubuhkan kerajaan negeri selepas Pilihanraya Umum ke-14 lalu.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan