Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MUSA BOLEH KEMBALI KE SABAH BILA-BILA, TINDAKAN POLIS SELESAI

Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman, Datuk Seri Asri Yusoff (tengah) menyaksikan penyerahan Tongkat Kuasa Pesuruhjaya Polis Sabah daripada Datuk Ramli Din kepada Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah pada Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah di Auditorium Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan, Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan siasatan terhadap kes membabitkan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dan akan merujuk semula kertas siasatan itu ke Pejabat Peguam Negara untuk keputusan lanjut.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din yang akan berpindah tugas ke Bukit Aman berkata, terdapat beberapa lagi tindakan yang diarahkan kepada pihak polis untuk dilakukan bagi melengkapkan siasatan tersebut termasuk merakamkan percakapan beberapa lagi individu.

“Saya tidak mempunyai jumlah sebenar orang yang telah kita soal siasat tetapi kurang daripada 20 individu yang telah dirakamkan percakapan mereka.

“Kebanyakan individu yang disoal siasat itu berada di Sabah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui semasa Majlis Serah Tugas Pesuruhjaya Polis Sabah di Auditorium Ibu pejabat Polis Kepayan (IPK) Sabah di sini hari ini.

Acara serah tugas dan menandatangani sijil serah terima tugas jawatan Pesuruhjaya Polis Sabah di antara Ramli dengan Timbalannya, Datuk Omar Mammah itu disaksikan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM Bukit Aman, Datuk Sri Asri Yusoff.

Mengulas lanjut mengenai siasatan kes Musa, Ramli berkata, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu telah dibebaskan dengan jaminan pihak polis dan terpulang kepada bekas ketua menteri itu untuk kembali ke Sabah pada bila-bila masa.

“Kita sudah tangkap dan tindakan dipihak polis telah selesai. Tetapi, Musa tetap dipantau kerana beliau adalah orang berkepentingan dalam kes ini dan beliau perlu melaporkan diri kepada polis,” ujarnya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan