Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Musa Beri Jaminan Kerajaan Sabah Komited Bangunkan Sekolah Cina

Datuk Seri Musa Aman

Datuk Seri Musa Aman

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman memberi jaminan kepada masyarakat Cina bahawa kerajaan negeri akan terus komited membangunkan sekolah Cina, tempat ibadat dan kegiatan kebudayaan mereka di negeri ini.

Sehubungan itu, katanya kerajaan negeri akan memberi sokongan dan menyediakan bantuan kewangan bagi pembangunan kemudahan itu di Sabah.

“Inilah janji kami kepada masyarakat Cina. Kerajaan berusaha untuk menambah baik kualiti kehidupan rakyat di samping memelihara keharmonian dan kestabilan di Sabah,” katanya ketika berucap pada Festival Ang Pau 2016 anjuran Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) di sini, malam ini.

Musa juga menegaskan perlunya setiap rakyat mengelak daripada mengambil tindakan yang boleh memberi kesan negatif terhadap perpaduan dan kestabilan di negeri ini.

Menurutnya rakyat Sabah tidak akan berjaya mencapai hasrat mereka membangunkan dan membawa lebih banyak kemajuan kepada negeri ini jika mereka bertelagah mengenai isu yang boleh menghalang usaha ke arah memupuk perpaduan.

Perbuatan demikian adalah tidak bertanggungjawab dan boleh membawa akibat buruk, termasuk menghalang rakyat Sabah daripada meningkatkan kedudukan sosioekonomi mereka.

“Tujuan kami ialah untuk mewujudkan lebih banyak pembangunan buat mereka yang tinggal di kawasan bandar dan luar bandar,” kata Musa.

Beliau juga menyarankan masyarakat Cina di negeri ini supaya terus menyokong kerajaan negeri sedia ada dan berganding bahu bagi membawa lebih banyak kemajuan untuk Sabah.

Beliau percaya kestabilan politik, perpaduan, keharmonian dan toleransi adalah faktor yang boleh mempercepat proses pembangunan di negeri ini.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan