Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Musa angkat sumpah malam ini

KENDERAAN Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman dilihat keluar dari kediaman rasmi di Sri Gaya dan dipercayai bergerak ke Istana Negeri, di Kota Kinabalu. – Foto Edmund Samunting

 

KOTA KINABALU: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman dijadualkan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di Istana Negeri di sini, malam ini.

Perkara itu dinyatakan Musa kepada media sejurus tiba di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini, selepas menghadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, petang tadi.

“Jam 8.30 malam,” katanya ringkas ketika ditanya media mengenai bila beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.

Terdahulu, Musa meninggalkan Sri Gaya, sekitar jam 3.30 petang tadi menuju ke Istana Negeri sebelum kembali ke Sri Gaya kira-kira sejam kemudian.

Terdahulu, Musa mengadakan sidang media khas di Sri Gaya, berhubung kerjasama 29 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dengan dua ADUN daripada Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) untuk membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah iaitu 31 kerusi daripada 60 DUN. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan