Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,796

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Musa Aman Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Bot Karam

musa

KOTA KINABALU  : Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang mati lemas dalam insiden bot karam di muara sungai Kampung Rampayan Laut, Kota Belud, dekat sini semalam.

“Kemalangan ini amat tragis. Saya merakamkan ucapan takziah yang mendalam kepada keluarga dan berharap mereka terus tabah ketika menghadapi masa yang sukar ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga berharap pihak berkuasa berkaitan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Saya juga berharap langkah-langkah keselamatan yang ketat dipatuhi apabila turun ke laut dan pasukan bertindak kecemasan sentiasa bersiap siaga untuk menangani kemalangan seperti itu,” katanya.

Dalam insiden itu yang berlaku pada 3.35 petang, dua orang guru lemas apabila bot yang dinaiki bersama orang lagi karam ketika dalam perjalanan dari Kampung Rampayan Laut ke Pulau Mantanani, dekat sini.

Kedua-dua yang maut ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan Mantanani, Limun Gamburud dan seorang guru sekolah berkenaan Kamariah Hamdan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan