Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MUSA AMAN PULANG ESOK?

KOTA KINABALU: Tan Sri Musa Aman akan pulang ke Sabah esok (Sept 5).

Menurut maklumat, ADUN Sungai Sibuga itu yang dirawat di sebuah hospital swasta di ibu negara sejurus kembali dari luar negara pada 21 Ogos lalu akan tiba sekitar tengahari sebelum dibawa ke Jesselton Medical Centre.

Selepas itu, Musa dikatakan akan menuju ke Dewan Undangan Negeri untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga.

Sabah News Today mendapat maklumat sahih bahawa anak Musa, Yamani Hafez yang juga Ahli Parlimen Sipitang akan balik dengan pesawat Malaysia Airlines pada tengah malam ini.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan