Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Musa Aman nafi letak jawatan Ketua Menteri

KETUA Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman. – Foto Edmund Samunting

 

KOTA KINABALU: Ketika Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dikatakan akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada jam 9 malam ini, Tan Sri Musa Aman sebentar tadi membuat kenyataan bahawa beliau masih Ketua Menteri.

Musa dalam kenyataan ringkas yang diedarkan kepada media menafikan kenyataan dan komen yang disebarkan dalam media sosial atau media arus perdana yang mengatakan beliau sudah meletakkan jawatan.

Beliau turut menegaskan, semua anggota Kabinet negeri yang mengangkat sumpah bersamanya di hadapan Yang di-Pertua Negeri pada malam Khamis lalu juga masih memegang jawatan masing-masing.

“Saya mahu menerangkan berkaitan dengan kenyataan dan komen dalam media sosial dan media arus perdana yang mengatakan saya sudah meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah.

“Biar saya jelaskan di sini bahawa sama ada saya atau mana-mana anggota Kabinet negeri tiada yang meletakkan jawatan.

“Malah, saya baru saja mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet negeri selepas selesai Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” katanya. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan