Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,668

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Musa Aman Mahu Pegawai Daerah Tahu Masalah Rakyat

7:05pm 04/02/2016 Pak Roshan 656 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

musa

KINABATANGAN : Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mahu Pegawai Daerah di Sabah mengetahui masalah rakyat.

Beliau berkata oleh itu mereka perlu menjalin kerjasama dengan pemimpin tempatan dan wakil rakyat.

“Sebagai contoh jika ada projek pembangunan lambat, pegawai daerah perlu tahu mengapa projek itu lambat. Kalau mereka menjalin kerjasama, sudah pasti masalah dapat diselesaikan,” katanya kepada pemberita semasa melawat Pusat Penempatan Semula Mangsa Banjir di Taman Pelangi dekat sini Khamis.

Terdahulu beliau mendengar taklimat pembangunan Daerah Kinabatangan dan Tongod di Pejabat Daerah Kinabatangan.

Antara yang hadir dalam lawatan kerja itu ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Sukiman dan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zaki Ansore.

Musa berkata adalah penting pegawai daerah mengetahui pembangunan di kawasan mereka sejajar dengan tugas mereka selaku sebagai ketua daerah.

Mengenai penempatan mangsa banjir di Taman Pelangi, beliau berkata projek di bawah Majlis Keselamatan Negara itu dilaksanakan oleh Suruhanjaya Perumahan Nasional Berhad.

Katanya pelaksanaan projek itu membolehkan penduduk yang rumah mereka sering dilanda banjir dapat tinggal di tempat yang lebih selesa.

Terdapat 139 unit rumah di taman itu yang kos pembinaan keseluruhan bernilai RM29 juta dengan 112 buah rumah telah diduduki.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan