Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Musa Aman Lancar Promosi SIFF Ke-10

cm

KOTA KINABALU – Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman hari ini melancarkan promosi kepada Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa (SIFF) ke-10 di perkarangan Wisma Innoprise di sini.

Beliau turut melekatkan pelekat pada kenderaan rasmi SIFF yang akan digunakan selama dua bulan bagi mempromosi acara tahunan berprestij itu.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Yahya Hussin, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun serta anggota kabinet negeri yang lain.

Bertemakan ‘Perkahwinan Rakyat’, SIFF akan diadakan mulai 10 hingga 15 Ogos ini di Pusat Kebudayaan Sabah, Penampang.

Memberitahu pemberita, Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Sabah, Datu Rosmadi Datu Sulai berkata kesemua 15 negara yang menyertai festival akan mempamerkan tarian dan pakaian tradisi yang bersesuaian dengan tema.

“Keunikan tahun ini ialah semua kumpulan tarian harus menampilkan kareografi dan pakaian tradisi etnik masing-masing bertemakan perkahwinan rakyat,” katanya.

Negara yang mengambil bahagian termasuk Latvia, Indonesia, Filipina, Korea Selatan, Brunei Darussalam, Kazakhstan, Taiwan, India, Turki, Kyrgyzstan, Republik Slovakia dan Rusia. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan