Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Musa Aman disaman RM400 juta

MUSA Aman disaman RM400 juta berhubung dakwaan penyelewengan wang Yayasan Sabah. – Foto Khairull Azry Bidin

 

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dinamakan dalam satu saman oleh penama, Zulkifli Kassim, dari Kampung Bobot, Kota Belud, berhubung dakwaan penyelewengan wang Yayasan Sabah.

Notis undang-undang yang diterbitkan dalam akhbar tempatan kelmarin, menyatakan Zulkifli memfailkan saman ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terhadap Musa.

Zulkifli menuntut RM400 juta dengan faedah lapan peratus setahun; kos dan apa-apa perintah yang difikirkan perlu oleh mahkamah.

Sekiranya Musa ingin mempertahankan tindakan itu, beliau mesti menjawab dalam tempoh 10 hari di Pejabat Pendaftar Mahkamah di sini.

Musa kini dilaporkan berada di United Kingdom kerana mendapatkan rawatan kesihatan.

Sementara itu, peguam Musa, Tengku Fuad Ahmad, berkata sudah beliau sudah menerima saman berkenaan.

Dalam kenyataan kepada media, Tengku Fuad berkata, writ difailkan terhadap Musa lebih bersifat politik dan untuk memalukan anak guamnya.

“Writ dua muka surat itu yang menuntut kira-kira RM400 juta dari Tan Sri (Musa) jelas didorong oleh politik semata-mata dan direka untuk memalukan dan mengganggu klien saya. Selain itu ia tidak ada apa-apa isi (kandungan).

“Kota Kinabalu adalah sebuah bandar kecil dan semua orang tahu bahawa firma saya mewakili Musa. Oleh itu, saya tertanya-tanya mengapa plaintif memilih untuk menerbitkan writ dalam akhbar?

“Adakah ini direka untuk memalukan klien saya? Saya juga mendapati writ itu seolah-olah telah digubal oleh seorang peguam. Siapa yang bersembunyi di belakang plaintif,” katanya.

Bagaimanapun, Tengku Fuad berkata, pihaknya akan mengambil tindakan seperti dikehendaki dan diarahkan bagi menghormati proses mahkamah. – Oleh Suzianah Jiffar/BH Online

Komen


Berita Berkaitan