Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Musa Aman beri keterangan di SPRM

BEKAS Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman hadir di ibu pejabat SPRM pagi ini bagi memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah pada PRU-14 lalu. – NSTP/Malai Rosmah Tuah

 

PUTRAJAYA: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini bagi memberi keterangan berhubung dakwaan rasuah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Musa tiba pada kira-kira jam 11.45 pagi dengan menaiki kereta Toyota Vellfire berwarna hitam menggunakan nombor pendaftaran WC7722T.

Jumaat lalu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki memaklumkan pihaknya tidak tergesa-gesa untuk mengambil keterangan bekas Ketua Menteri Sabah itu berhubung dakwaan rasuah pada PRU-14.

Menurut Azam, pihaknya membenarkan Musa mendapat rawatan dan sihat terlebih dahulu sebelum membuat keputusan lanjut. – BH Online

Komen


Berita Berkaitan