Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MUSA AKHIRNYA TIBA DI SABAH

Tan Sri Musa Aman menaiki kereta khas sebaik keluar dari terminal 2 dan melambai kepada para penyokongnya. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Ketibaan bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu hari ini disambut ratusan penyokong beliau yang berasak-asak di hadapan pintu ketibaan terminal berkenaan.

Mereka berkumpul sejak pukul 10 pagi tadi dengan kawalan ketat polis kelihatan termasuk di jalan masuk ke terminal tersebut.

Turut kelihatan menyambut ketibaan Musa ialah beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Datuk Hajiji Noor, Datuk Masidi Manjun dan Datuk Joniston Bangkuai serta ahli-ahli UMNO.

Pesawat khas jenis Bombardier Global 5000 milik Tag Aviation Asia yang membawa bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman tiba di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu tepat pukul 12.25 tengah hari. Kelihatan Tan Sri Musa Aman melambai tangan sebaik keluar dari pesawat. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Pesawat Bombardier Global 500 yang membawa Musa mendarat di terminal tersebut kira-kira pukul 12.25 tengah hari.

Musa, bersongkok dan berjambang, melambai ke bawah sebelum menuruni tangga pesawat.

Beliau keluar dari pintu ketibaan diiringi pengawal peribadi dan ahli keluarga beliau jam 12.40 tengah hari.

Musa juga dilihat mendapat sedikit taklimat daripada peguam beliau.

Musa yang tiba di Sabah hari ini buat pertama kali sejak berada luar negara hampir tiga bulan akan mengangkat sumpah selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga pada hari ini.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan