Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Murid Tahun Empat mati terjerut

SEORANG murid Tahun Empat ditemui mati akibat terjerut pada tali buaian milik adiknya di ruang tamu rumahnya di Kampung Makakagas, Tenom. – Foto ihsan pembaca

 

TENOM: Seorang murid Tahun Empat ditemui mati akibat terjerut pada tali buaian milik adiknya di ruang tamu rumahnya di Kampung Makakagas, di sini, semalam.

Chris Danny Jeffery, 10, bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa, di sini, ditemui oleh bapanya, Jeffrey Musa, 45, dalam keadaan tergantung, jam 4.30 petang.

Jeffrey berkata, ketika kejadian dia sedang tidur bersama isterinya di bilik selepas pulang mengambil Danny dan dua anaknya yang tuisyen di sekolah.

“Saya terjaga selepas abang kepada Danny berlari ke ruang tamu lalu melihat anak saya (Danny) tergantung pada tali buaian dalam keadaan mukanya pucat.

“Ketika itu, saya tidak sanggup mengejutkan isteri kerana bimbang dia akan pengsan jika melihat situasi itu.

“Saya kemudian terus memeluk Danny dan melepaskan ikatan tali pada leher Danny. Saya terus mengejutkan isteri sebelum bergegas ke Unit Kecemasan Hospital Tenom.

“Doktor kemudian mengesahkan Danny sudah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Jeffrey berkata, buaian itu jarang digunakan kerana adik mangsa yang menggunakannya sebelum ini sudah berusia tiga tahun.

“Saya tidak tahu Danny menggunakan buaian itu untuk bermain, jika tidak saya tentu membuangnya. Saya hanya mengetahui apabila abang Danny memaklumkan dia (Danny) beberapa kali bermain di buaian itu.

“Danny seorang yang suka kepada aktiviti lasak dan aktif bermain bola sepak, bola keranjang dan sukan lumba lari,” katanya.

Dalam pada itu, Jeffrey menafikan punca kematian Danny yang viral di aplikasi WhatsApp dipercayai bermain-main menggantungkan diri.

“Danny hanya bermain di buaian berkenaan dan bukannya main-main gantung diri.

“Ketika Danny bermain di buaian itu, kemungkinan besi buaian (spring) itu rosak menyebabkan tali penahan spring menjerut lehernya.

“Kami sekeluarga sehingga kini masih bersedih dengan apa yang berlaku kerana Danny seorang anak yang baik dan ceria. Kehilangannya amat kami rasai,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tenom, Mohd Firdaus Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu. РOleh Junaidi Ladjana/BH Online

SEORANG murid Tahun Empat ditemui mati akibat terjerut pada tali buaian milik adiknya di ruang tamu rumahnya di Kampung Makakagas, Tenom. – Foto ihsan pembaca
SEORANG murid Tahun Empat ditemui mati akibat terjerut pada tali buaian milik adiknya di ruang tamu rumahnya di Kampung Makakagas, Tenom. – Foto ihsan pembaca

Komen


Berita Berkaitan