Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Murid Tadika Maut Dilanggar Kereta

LOKASI budak lelaki enam tahun yang dilanggar kenderaan yang belum dikenal pasti.

SANDAKAN – Seorang murid tadika maut selepas dilanggar sebuah kereta di Taman Mawar Batu 5 di sini, semalam.

Berikutan insiden itu, polis sedang mengesan kenderaan terbabit yang meninggalkan tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sandakan ACP Azhar Hamin berkata kejadian berlaku kira-kira 11.45 pagi ketika mangsa yang berumur enam tahun, dari tadika untuk pulang ke rumahnya di taman berkenaan.

“Selepas turun daripada kenderaan ditumpangnya dan hendak menuju ke rumah, mangsa dilanggar sebuah kenderaan yang tidak dapat dikenal pasti,” katanya.

Akibat kemalangan itu, Azhar berkata mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Duchess of Kent Sandakan oleh orang awam.

Beliau berkata pada 12.15 tengah hari tadi, polis dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa mangsa meninggal dunia semasa menerima rawatan di wad kecemasan.

Azhar berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu polis mengesan kenderaan terlibat dengan menghubungi 089-212222 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Zabir Aripin di talian 013 8021701. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan