Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Murid Sekolah Nyaris Maut Jalan Runtuh Di Kapit

KAPIT – Seorang pemandu van dan beberapa murid Sekolah Kebangsaan Antaroh nyaris maut awal hari ini apabila kenderaan yang dinaiki mereka hampir terjunam ke dalam cerun curam berikutan jalan berdekatan sekolah itu runtuh.

Mereka bernasib baik apabila pemandu tersebut sempat memberhentikan kenderaan tersebut dalam kejadian yang berlaku kira-kira 5.40 pagi. Hanya roda kiri bahagian depan van itu mencecah tebing cerun berkenaan.

“Tiada kemalangan jiwa berlaku dan kita menerima maklumat daripada orang ramai mengenai kejadian pada 8.09 pagi hari ini,” kata Ketua Polis Daerah Kapit DSP Freddy Bian yang dihubungi Bernama untuk mengesahkan kejadian.

Laluan kira-kira 30 meter panjang di Kilometer 1.1 Jalan Antaroh, Sungai Sebening menuju ke Sekolah Kebangsaan Antaroh itu runtuh akibat tanah susur berikutan hujan lebat berterusan sejak malam tadi.

Beliau berkata, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kapit telah mengambil tindakan segera dengan meletakkan tanda amaran dan penghalang di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kapit itu berkata, pihak JKR sedang membuat jalan alternatif berhampiran jalan tersebut bagi memudahkan pergerakan orang ramai.

Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kapit berkata, panggilan mengenai kejadian tersebut dibuat oleh pemandu van yang membawa murid-murid sekolah terus ke balai kira-kira 6.30 pagi.

Menurutnya, pihaknya yang tiba di tempat kejadian kemudian memberikan bantuan untuk menarik van itu ke tempat selamat. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan