Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Muncung Pesawat Berlubang Dirempuh Helang

2:24pm 13/09/2016 Pak Roshan 92 views Global

kapal

KHARTOUM – Sebuah pesawat Tarco Air milik syarikat penerbangan Sudan berlubang di bahagian muncung apabila dilanggar seekor burung helang yang muncul secara tiba-tiba.

Menurut laporan Aviation Herald, insiden tersebut berlaku pada 10 September lalu apabila pesawat itu baru berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa El Fasher di ibu negara Sudan, Khartoum.

Pesawat Boeing 737 dengan kod penerbangan 3T-400 bagaimanapun berjaya mendarat dengan selamat dan kesemua 108 penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

Salah seorang daripada penumpang pesawat berkenaan, Usamah Mohamed menerusi laman sosial Twitternya memuat naik gambar kerosakan pada muncung hadapan pesawat itu.

“Pesawat yang membawa 108 penumpang terpaksa melakukan pendaratan kecemasan sebelum dirempuh oleh… burung helang!” katanya.

Bagaimanapun, serangan burung adalah kejadian yang biasa berlaku semasa penerbangan, antaranya ialah pada tahun 2009 di New York, Amerika Syarikat.

Mujur kecekapan juruterbang Chesley Sullenberger dan Jeffrey Skiles berjaya mendarat A320 Airbus di Sungai Hudson selepas serangan burung menyebabkan kedua-dua enjin pesawat berkenaan gagal berfungsi. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Mstar Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan