Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mulut matador ditusuk tanduk lembu jantan

9:29am 21/11/2015 Pak Roshan 380 views Global
DETIK mulut Rey ditusuk tanduk lembu jantan.

DETIK mulut Rey ditusuk tanduk lembu jantan.

Guadalajara, Mexico: Seorang matador berdepan detik cemas apabila mulutnya ditusuk tanduk lembu jantan dalam pertandingan lawan lembu di bandar ini baru-baru ini.

Kejadian itu berlaku ketika matador muda dari Peru, Andres Roca Rey, 19, menentang seekor lembu jantan di gelanggang lawan lembu di Plaza Nuevo Progreso di sini.

Dalam pertunjukan itu, Rey beberapa kali terjatuh selepas ditanduk lembu jantan berkenaan, tetapi dia bertekad meneruskan persembahan.

Bagaimanapun, ketika lembu jantan itu membuat satu terjahan, Rey gagal mengelak menyebabkan tanduk haiwan itu menusuk mulutnya.

Serangan haiwan itu menyebabkan Rey melambung sebelum jatuh ke tanah.

Perlawanan itu segera dihentikan, Rey dikejarkan ke sebuah hospital berhampiran.

Bagaimanapun, Rey tidak cedera parah dan hanya dua batang gigi hadapannya patah.

Walaupun kejadian itu hampir meragut nyawanya, tetapi Rey bertekad kembali ke gelanggang tidak lama lagi untuk mengembalikan maruahnya. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan