Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Muka hancur diletup

9:38am 29/11/2015 Pak Roshan 1642 views Global
KEADAAN kenderaan pasangan itu.

KEADAAN kenderaan pasangan itu.

Moscow: Seorang ahli Parlimen yang terkenal dan suaminya mati dalam keadaan mengerikan ketika berasmara dalam kenderaan mereka selepas bom dipercayai diletakkan lelaki itu sendiri meletup.

Oksana Bobrovskaya, 30, anggota Parti Bersatu Russia pimpinan Presiden Vladimir Putin, dipercayai berasmara dengan suaminya Nikita di dalam kenderaan berkenaan sebelum tiba-tiba meletup ketika cuaca di bawah 6 Celsius berhampiran pejabatnya di Novosibirsk, Siberia.

Polis percaya suaminya yang cemburu kerana mengesyaki Oksana mempunyai hubungan sulit dengan lelaki kaya meletakkan bom itu.

Wajah Oksana hancur dan saksi yang bergegas membantu berkata, kedua-dua mayat ditemui ‘bogel dari pinggang ke bawah’ di tempat duduk belakang. Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun.

Akhbar Siberian Times memetik sumber polis berkata, saksi mendakwa melihat bahan letupan atau TNT dalam genggaman suaminya itu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan