Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Mujur tak penyek

1:38pm 10/12/2015 Pak Roshan 177 views Global
GAMBAR hiasan, lori sampah dengan mesin pemadat.

GAMBAR hiasan, lori sampah dengan mesin pemadat.

Fremont (AS): Seorang lelaki gelandangan yang tidur dalam tong sampah terselamat walaupun selepas menjalani dua pusingan kepadatan selepas sampah di dalam tong berkenaan dimasukkan ke dalam lori.

Jurucakap polis Fremont, Geneva Bosques berkata, lelaki berusia 44 tahun itu tidur dalam sebuah tong sampah besar di belakang sebuah restoran apabila lori sampah itu memunggahnya dan menggunakan mesin untuk memadatkan sampah berkenaan.

Lori itu kemudian pergi ke sebuah restoran makanan segera, memunggah sampah dari sebuah tong lagi dan sekali lagi menggunakan mesin pemadat.

Geneva berkata, lelaki itu merangkak keluar apabila lori berkenaan berhenti untuk memunggah sampah di sebuah restoran lain.

“Dia bernasib baik. Yang menghairankan, dia tidak cedera,” kata Geneva.

Polis yang tiba di tempat kejadian selepas dimaklumkan oleh pekerja, membawa lelaki itu ke hospital untuk menjalani pemeriksaan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan