Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Operasi bersepadu khas bersihkan Lahad Datu daripada Pati

LAHAD DATU – Seramai 52 orang dipercayai pendatang asing tanpa izin (Pati) ditangkap dalam Operasi Bersepadu Khas yang diterajui Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dan Bahagian Penguatkuasa Pejabat Daerah Lahad Datu di sekitar kawasan bandar ini hari ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman berkata operasi yang bermula dari 9.30 pagi itu disertai pelbagai agensi negeri dan persekutuan yang bertujuan membersihkan pusat bandar Lahad Datu daripada Pati.

“Kesemua mereka, termasuk 42 lelaki dan 10 wanita, dibawa ke Dewan Tun Mustapha Lahad Datu dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk pemeriksaan dan seterusnya urusan pengusiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Turut memantau operasi bersepadu itu ialah Timbalan Komander ESSCom, Brig Jen Subari Tomo, Ketua Staf Pasukan Gerakan Khas (PGK) ESSCom, SAC Mohammad Ismail dan Pegawai Daerah Lahad Datu Iman Ali.

Empat hari lepas, operasi yang serupa dilancarkan di kawasan yang sama yang menyaksikan 16 orang Pati ditahan.

Sukarti berkata operasi membanteras Pati merupakan antara langkah drastik yang diambil oleh kerajaan susulan Laporan Siasatan Suruhanjaya Diraja (RCI) mengenai Pati di Sabah yang dibentangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Negeri (JKKN) baru-baru ini yang dipengerusikan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. – Bernama

USIR PENDATANG TANPA IZIN... Antara agensi penguatkuasa yang terlibat dalam operasi bersepadu khas tersebut. - foto Esscom Times
USIR PENDATANG TANPA IZIN… Antara agensi penguatkuasa yang terlibat dalam operasi bersepadu khas tersebut. – foto Esscom Times

Komen


Berita Berkaitan