Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,810

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Muhammadiyah gesa penduduk henti serangan

9:53am 01/08/2016 Pak Roshan 15 views Global
SEBUAH kuil yang menjadi sasaran serangan, kelmarin. - Jakarta Post

SEBUAH kuil yang menjadi sasaran serangan, kelmarin. – Jakarta Post

Jakarta: Kumpulan Muhammadiyah semalam menggesa penduduk Islam di Sumatera Utara supaya bersabar dan berhenti melakukan serangan selepas mereka bertindak membakar dan memusnahkan beberapa kuil Buddha di Tanjung Balai, kelmarin.

Tiada kemalangan jiwa dalam kejadian yang disifatkan oleh pemuda Muhammadiyah sebagai tindakan mengancam tolak ansur dalam agama di negara itu.

“Saya menggesa pemimpin agama dan etnik tempatan itu menerangkan kepada pengikut mereka bahawa kekuatan penduduk Sumatera ialah tolak ansur dan saling hormat-menghormati,” kata pengerusi persatuan Dahnil Anzar Simanjuntak.

Kejadian bermula apabila penduduk dilapor berang dengan tindakan seorang wanita keturunan Cina yang membantah sebuah masjid menggunakan pembesar suara untuk azan dan bacaan ayat suci al-Quran.

Masjid berkenaan terletak berhampiran rumahnya di Tanjung Balai.

Keadaan menjadi bertambah buruk apabila sikap wanita itu disebarkan menerusi media sosial. Ada pula yang mengapi-apikan keadaan dengan mendakwa wanita itu memasuki masjid itu dan memaksa jemaah berhenti solat.

Sehubungan itu, kawalan keselamatan ditingkatkan di kuil di seluruh bandar raya itu dengan pihak berkuasa mengadakan mesyuarat dengan pemimpin agama dan penduduk tempatan untuk mengembalikan ketenteraman. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan