Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,701

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Muhammad Ali selar cadangan Trump

9:50am 11/12/2015 Pak Roshan 340 views Global
ALI bersama Trump beberapa tahun lalu.

ALI bersama Trump beberapa tahun lalu.

Washinton: Legenda tinju Muhammad Ali semalam menyelar cadangan pendahulu senarai calon parti Republikan untuk pilihan raya Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, supaya penganut Islam dilarang sama sekali memasuki Amerika Syarikat.

Ali, dalam kenyataannya, juga menggesa umat Islam ‘menentang mereka yang menggunakan agama itu untuk memenuhi agenda peribadi mereka.’

Legenda tinju itu, antara Muslim terkenal di seluruh dunia menulis: “Muslim sejati sedar keganasan militan Islam bertentangan dengan ajaran agama kami.

“Saya percaya pemimpin politik kita perlu menggunakan kedudukan mereka untuk membawa persefahaman mengenai Islam dan menjelaskan pembunuh itu memesongkan tanggapan orang ramai mengenai Islam sebenar.”

Kenyataan Ali yang dikeluarkan semalam, tidak menyebut nama Trump, tetapi merujuk kepada ‘calon presiden yang mencadangkan supaya Muslim diharamkan datang ke Amerika Syarikat.

Presiden Barack Obama, dalam ucapannya menerusi televisyen Ahad lalu, menggesa rakyat Amerika menolak diskriminasi dengan berkata: “Penduduk Muslim Amerika adalah rakan kita, jiran kita, rakan sekerja kita dan wira sukan kita.”

Trump menulis dalam Twitter keesokannya: “Sukan apa yang dia (Obama) cakap?” – walaupun dia sudah beberapa kali bertemu dengan Ali, malah menerima anugerah yang dinamakan sempena nama bekas juara heavyweight itu pada 2007. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan