Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,671

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Muhammad Ali Meninggal Dunia Pada Usia 74 Tahun

3:40pm 04/06/2016 Pak Roshan 456 views Global

ali

LOS ANGELES: Legenda tinju dunia, Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74 tahun hari ini selepas dua hari dimasukkan ke hospital Phoenix di Arizona, kerana masalah pernafasan.

Berita mengenai pemergiannya itu disahkan oleh ahli keluarganya, sebentar tadi.

“Selepas bertarung selama 32 tahun dengan penyakit Parkinson, Muhammad Ali meninggal dunia pada usia 74,” kata jurucakapnya, Bob Gunnell.

Ali, masyhur sepanjang kerjaya sukan tinju heavyweight yang menjangkau tiga dekad dan terkenal dengan panggilan “The Greatest”.

Keadaan kesihatan Ali awal hari ini dilaporkan semakin tenat, kata sumber yang rapat dengan keluarga ahli sukan itu.

Sepanjang kariernya, Ali dianggarkan menerima 29,000 kali tumbukan daripada lawannya dan dengan itu dia dianggap manusia paling diiktiraf di dunia. – AFP/BH Online

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan