Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Mudahkan cara perjelas GST kepada penduduk luar bandar

Sebahagian daripada pemimpin akar umbi dari kawasan ini yang hadir di program Taklimat Kesedaran Kepenggunaan GST anjuran Biro Penerangan Umno Bahagian Papar. - foto Aryan de Vera
Sebahagian daripada pemimpin akar umbi dari kawasan ini yang hadir di program Taklimat Kesedaran Kepenggunaan GST anjuran Biro Penerangan Umno Bahagian Papar. – foto Aryan de Vera

PAPAR – Pemimpin masyarakat berperanan besar dalam memberi pemahaman kepada rakyat akar umbi tentang kebaikan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang akan berkuatkuasa pada 1 April depan.

Ini berikutan majoriti masyarakat termasuk peniaga kecil-kecilan khususnya yang tinggal di kawasan luar bandar masih tidak memahami sepenuhnya tujuan kerajaan melaksanakan GST yang dilihat memberi manfaat besar untuk pembangunan rakyat dan negara.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Perumahan Kampung Kuala, Saibun Mudin berkata, sebahagian besar peniaga dilihat masih keliru dengan sistem GST, malah ada yang beranggapan cukai itu akan menyebabkan harga barangan jualan mereka terpaksa dinaikkan.

“Apa yang dikhuatiri, peniaga terlibat turut memaklumkan perkara ini kepada pengguna yang terdiri daripada penduduk kampung hingga wujud kekeliruan bahawa pelaksanaan GST akan membebankan hidup rakyat.

“Saya sendiri sudah beberapakali memberi penerangan tentang GST kepada penduduk di kawasan saya dan nampaknya mereka memahaminya, namun kembali keliru selepas bertemu peniaga ketika berbelanja,” katanya ketika ditemui dalam Program Kesedaran GST Bersama Pemimpin Masyarakat di Rumah Rehat Papar yang dihadiri kira-kira 50 ketua kampung dan pengerusi JKKK, di sini hari ini. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan