Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,634

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Muafakat pendidik, ibubapa cetus kecermerlangan

10:44am 20/11/2015 Ann Vivien 39 views Pendidikan,Tempatan
Hamisa bersama 10 murid cemerlang UPSR 2015 di SK Kalabakan, Tawau. 7 orang murid mendapat 5A dan 5 orang pula mendapat 4A 1B.

Hamisa bersama 10 murid cemerlang UPSR 2015 di SK Kalabakan, Tawau. 7 orang murid mendapat 5A dan 5 orang pula mendapat 4A 1B.

TAWAU: Pendidik mempunyai tanggungjawab  memberi pelajaran dan memastikan transformasi matlamat pendidikan negara  direalisasikan.

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Hamisa Samat berkata  negara sering menghadapi masaalah sosial disebabkan ledakan pembangunan dunia sejagat serta kebangkitan revolusi maklumat dan multimedia amat besar pengaruh terhadap sistem penyebaran maklumat itu sendiri.

“Gesaan saya guru perlu memiliki sifat-sifat unggul seperti amanah, dedikasi, komited kepada tugasan sanggup menganjakkan  masa dan tenaga serta mampu menjadi role model kepada pelajarnya,” katanya.

Jelasnya penggemblengan persefahaman dan kerjasama antara institusi pendidikan antara sekolah, warga pendidik dan ibubapa mampu mencetus kecemerlangan.

Tegas Hamisa dari segi imej, prestasi kokurikulum, pencapaian dalam peperiksaan, pembangunan prasarana pendidikan, jatidiri pelajar mampu mengangkat martabat masyarakat secara holistik.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Anugerah Pelaja Cemerlang UPSR 2015 SK Kalabakan, Tawau kelmarin.

Hamisa yang juga Ahli Dewan Undangan  Negeri Tanjong Batu menggesa agar rangkaian kerjasama pintar ini diperkukuh dengan penglibatan daripada PIBG, Pejabat Pendidikan Daerah dengan dibantu oleh agensi-agensi kerajaan lain.

Beliau turut memuji guru-guru di SK Kalabakan kerana berjaya melahir murid-murid cemerlang dalam UPSR tahun ini (2015).

“Walaupun ini SK Kalabakan di kawasan luar bandar tetapi semangat guru-guru dapat membawa kejayaan di mana 7 orang murid mendapat 5A dan 5 orang pula mendapat 4A 1B. Sama juga seperti SK Ulu Kalabakan seorang murid mendapat 3A 2B iaitu Mohammad Syahmi Aiman. Di SK tanjong Batu juga 16 murid mendapat 5A,” jelasnya.

Tegas beliau jangan selalu beranggapan sekolah luar bandar atau sekolah di kawasan pedalaman tidak boleh berjaya. Jika guru-guru ada motivasi untuk melihat generasi muda ini berjaya para pelajar diluar bandar mampu berjaya hingga ke Menara Gading.-Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan