Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MSS Barat johan keseluruhan hoki 12 TKB

3:53pm 11/05/2016 Nur Syafathin Mohd Yadi 49 views Tempatan

 

Aksi para atlet hoki lelaki 12 TKB semasa kejohanan tersebut

Aksi para atlet hoki lelaki 12 TKB semasa kejohanan tersebut

KOTA KINABALU- Majlis Sukan Sekolah (MSS) Bahagian Barat menjadi johan keseluruhan kejohanan hoki kategori 12 tahun ke bawah (TKB), semalam.

Kejohanan yang diadakan selama empat hari yang bermula 7 Mei sehingga 10 Mei lalu telah disertai oleh atlet dari enam bahagian termasuklah Barat, Sandakan, Pendalaman, Utara,Selatan dan Tenggara.

Dalam kejohanan tersebut, pertandingan hoki lelaki 12 TKB dimenangi MSS bahagian Barat, diikuti MSS Bahagian Pendalaman dan Tenggara.

KENANGAN... Umar merakam gambar kenangan bersama para atlet Kejohanan MSS Hoki 12 TKB

KENANGAN… Umar merakam gambar kenangan bersama para atlet Kejohanan MSS Hoki 12 TKB

Manakala, johan bagi pertandingan hoki perempuan bawah 12 tahun dirangkul oleh MSS Bahagian Tenggara, diikuti oleh MSS Bahagian Pendalaman dan Barat.

Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah Kota Kinabalu, Umin Haji Sadi yang merasmikan penutupan kejohanan hoki bawah 12 tahun di Desotuf Hoki, Kompleks Sukan Likas, disini, semalam.-Elezebeth Esther/SayangSabah

IMG-20160510-WA0009

Umin ketika berucap sempena penutupan kejohanan hoki 12 TKB

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan