Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,654

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MSS Bahagian Barat johan keseluruhan acara memanah

7:25pm 27/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 84 views Sukan,Tempatan
MSS Bahagian Barat Johan Pusingan Olimpik berkumpulan 18TKB

MSS Bahagian Barat Johan Pusingan Olimpik berkumpulan 18TKB

KOTA KINABALU- Majlis Sukan Sekolah (MSS) Bahagian Barat sekali lagi merangkul johan dengan pungutan sebanyak 320 mata dalam Kejohanan Memanah MSS Sabah 2016 yang berlansung bermula dari 23 Feb hingga hari ini (27 Feb 2016).

MSS Bahagian Barat berjaya membawa balik 15 pingat emas, empat pingat perak dan dua pingat gangsa dalam kejohanan yang diadakan di Padang Sasar Memanah, di Kompleks Sukan Likas, di sini, hari ini.

Sementara itu, tempat kedua berjaya dipegang oleh MSS bahagian Pendalaman dengan pungutan sebanyak 194 mata dan diikuti dengan MSS Bahagian Sandakan, pungutan sebanyak 186 mata.

Terdahulu, MSS Bahagian Barat turut mendapat tempat pertama bagi keseluruhan Kejohanan Gimnastik Artistik dan Skuash MSS Sabah 2016 dengan pungutan sebanyak 215 mata yang berlansung bermula 17 sehingga 19 Februari lalu.

Kejohanan tersebut bertujuan memberi peluang kepada semua atlet di seluruh negeri ini untuk menyertai acara- acara sukan sesuai dengan konsep ‘Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan’.

Disamping itu, kejohanan tersebut turut dijadikan platform untuk memilih para atlet yang bakal mewakili negeri Sabah ke Kejohanan Sukan Peringkat Kebangsaan.

Hadir sama,Pegawai Sukan SPK JPN Sabah, Pengiran Haji Johari Pg Hj. Ahmad yang mewakili Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Sabah, Ir Datu Jamigul Datu Hj Salin dalam menyampaikan trofi kepada para pemenang dan sekali gus merasmikan Majlis Penutupan Kejohanan Memanah MSS Sabah 2016. Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Pangeran Johari Ahmad berucap di Majlis penutupan Kejohanan Memanah MSSD

Pengiran Hj. Johari Pg Hj. Ahmad berucap di Majlis penutupan Kejohanan Memanah MSSS 2016

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan