Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,713

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

MSS bahagian Barat johan keseluruhan acara Gimnastik dan Skuasy

4:26pm 20/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 26 views Sukan,Tempatan
Suhaimi (kiri) menyerahkan piala kemenangan kepada wakil MSS Bahagian Barat. Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

Suhaimi (kiri) menyerahkan piala kemenangan kepada wakil MSS Bahagian Barat di Kejohanan MSSN Sabah 2016. Foto oleh Jimmy Tan/ SayangSabah

KOTA KINABALU- MSS bahagian Barat menunjukkan saingan hebat setelah memenangi sebahagian besar daripada acara yang dipertandingkan di Kejohanan MSSN Sabah 2016 yang berlansung di Dewan SM Lok Yuk disini, semalam.

Diantaranya ialah acara Gimnastik Artistik dimana MSS Bahagian Barat merangkul johan dengan pungutan mata sejumlah 215 mata, diikuti MSS Bahagian Sandakan, 117 mata dan MSS Bahagian Pendalaman, 11 mata.

Selain itu, MSS Bahagian Barat turut mendapat pingat emas dalam keseluruhan acara Skuasy. Manakala MSS bahagian Tenggara dan Sandakan masing- masing mendapat pingat perak dan gangsa.

​​​​Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah
Kota Kinabalu, ​​​Suhaimi Haji Harun mengucapkan tahniah kepada semua pemenang di kejohanan tersebut dan menyeru kepada peserta yang kurang bernasib baik agar meneruskan usaha mereka sehingga mencapai kejayaan.

Selain itu, acara memanah akan berlansung pada 27 Feb depan di Padang Sasar Memanah, Kompleks Sukan Likas. -Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan