Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MSB KPJ Sabah Specialist terbakar

Pihak bomba memberikan taklimat kepada staff sebelum pengungsian bangunan.
Pihak bomba memberikan taklimat kepada staff sebelum pengungsian bangunan.

KOTA KINABALU: Sebuah bilik Main Switch Board (MSB) yang melibatkan MSB 1 dan 2 di KPJ Sabah   Specialist, Jalan Damai terbakar dalam satu kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Pihak bomba telah menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada jam 5.36 pagi dan tiba di lokasi sejauh lima kilometer itu pada jam 5.46 pagi.

Bilik berkenaan yang berkeluasan 15 kaki lebar dan 30 kaki panjang terbakar 90 peratus dalam kejadian tersebut.

MSB yang terbakar dalam kejadian berkenaan.
MSB yang terbakar dalam kejadian berkenaan.

Operasi memadam kebakaran yang melibatkan 18 orang anggota dan tiga buah jentera itu tamat pada jam 8.17 pagi walaupun terpaksa berhadapan kesukaran di peringkat awal untuk memadam kebakaran kerana asap terlalu tebal.

Menurut maklumat dari komander operasi, pasukan bomba dan pihak hospital telah membuat pengungsian bangunan kerana asap telah memasuki ruang bangunan hospital.

Untuk sebarang pertanyaan orang ramai boleh menghubungi pihak KPJ Sabah Emergency di talian 088-272414.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Pasukan bomba ketika operasi memadam kebakaran.
Pasukan bomba ketika operasi memadam kebakaran.

Komen


Berita Berkaitan