Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MRSM Kota Kinabalu harumkan nama negara dan negeri

HARUMKAN NEGARA... Peserta MRSM KK yang menduduki tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan itu.
HARUMKAN NEGARA… Peserta MRSM KK yang menduduki tempat kedua dan ketiga dalam pertandingan itu.

KOTA KINABALU: Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kota Kinabalu sekali lagi mengharumkan nama negeri ini selepas kejayaan kontinjen mereka merangkul satu pingat perak dan satu gangsa dalam Kejohanan International Robot Olympiad (IRO) di Beijing, China, baru-baru ini.

Pasukan duo Nurain Safwanah Sapilin dan Erfatihah Sharina Mazni masing-masing berusia 16 tahun itu dinobatkan sebagai naib johan dalam kategori projek kreatif IRO dengan ciptaan mereka dikenali sebagai Automonus Bot Equipment (ABE).

Jurulatih pasukan selaku guru pengiring, Mohd Shamsul Haq Mohd Hanif berkata, robot yang diberi gelaran ABE itu dicipta khas sebagai alat mekanisme membantu malim-malim gunung ketika menghadapi musibah seperti gempa bumi dan bantuan kecemasan.

“Untuk kejohanan IRO kali ini, kontinjen MRSM mempertaruhkan ciptaan ABE iaitu salah satu alat robotik yang boleh menjadi mekanisme dalam membantu malim-malim gunung khususnya di Gunung Kinabalu bagi menghadapi sebarang insiden kecemasan atau musibah seperti gempa bumi.

“Pasukan duo yang dianggotai pelajar tingkatan empat Nurain Safwanah Sapilin dan Erfatihah Sharina Mazni dinobatkan sebagai naib johan menerusi ciptaan ABE dalam kategori projek kreatif IRO dengan pemenangnya daripada peserta Filipina,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini, kelmarin.

Beliau berkata, satu lagi pasukan duo Nooruel Afiqah bt. Shaharudin,16, dan Henrietta Hetty Henry,16, pula berjaya merangkul tempat ketiga sekaligus meraih pingat gangsa dalam kategori yang sama.

“Kedua-dua pasangan itu dengan robot ciptaan mereka iaitu RobbiTor-q memenangi tempat ketiga juga dalam kategori sama projek kreatif IRO.

“Kejayaan dinobatkan sebagai naib johan dan tempat ketiga ini adalah satu kenangan manis buat MRSM Kota Kinabalu dalam meningkatkan prestasi ciptaan robotik di seluruh negara,” katanya.

Mengulas lanjut, penghasilan kedua-dua robot peserta itu memakan masa tiga hingga empat bulan untuk disiapkan dan menelan kos mencecah RM1,000.

“Dengan kejayaan kita mengharumkan nama Sabah dan negara di kejohanan IRO 2016 Beijing, China yang berlangsung pada 14 hingga 18 Disember lalu, saya percaya robot-robot dicipta ini akan mendapat tempat dalam industri berkaitan.

“Sebagai contoh, robot ABE yang dinobatkan sebagai naib johan, kita kini berura-ura untuk mengetengahkannya kepada kementerian berwajib untuk dijadikan mekansime mereka membantu malim-malim gunung di Gunung Kinabalu pada suatu hari nanti,” katanya.

Terdahulu, pengetua MRSM Kota Kinabalu, Hajah Norzan binti Mohd. Akib ketika dihubungi turut gembira dengan pencapaian pelajarnya itu.

“Syukur alhamdulillah, saya sentiasa percaya dengan potensi, keyakinan serta ketabahan mereka…mereka berjaya buktikannya.

“Saya juga mengucapkan tahniah kepada pembimbing pelajar ini iaitu cikgu Mohd Shamsul, anda berjaya menjadikan nama MRSM Kota Kinabalu dikenali di peringkat antarabangsa,” katanya. – NewSabahTimes

NAIB JUARA... Pasangan Nurain Safwanah Sapilin dan Erfatihah Sharina Mazni dinobatkan sebagai naib johan.
NAIB JUARA… Pasangan Nurain Safwanah Sapilin dan Erfatihah Sharina Mazni dinobatkan sebagai naib johan.

 

DAPAT GANGSA... Nooruel Afiqah dan Henrietta Hetty a merangkul tempat ketiga sekaligus meraih pingat gangsa dalam pertandingan itu.
DAPAT GANGSA… Nooruel Afiqah dan Henrietta Hetty a merangkul tempat ketiga sekaligus meraih pingat gangsa dalam pertandingan itu.

Komen


Berita Berkaitan