Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MRA bantu mangsa banjir di Sabah

Alex Dennis

KUALA LUMPUR: Malaysian Relief Agency (MRA) meneruskan misi bantuan kepada lebih 40 keluarga yang menjadi mangsa banjir kilat di beberapa kawasan di sekitar Sabah.

Pengerusi MRA Sabah, Alex Dennis, berkata hujan lebat sejak Khamis lalu menyebabkan beberapa kawasan di daerah Penampang, Kota Belud, Sepanggar dan Papar, dilanda banjir kilat kelmarin.

“Tinjauan sudah dibuat di Kampung Rampaian serta pusat pemindahan sementara di Kompleks Sukan Penampang.

“MRA mengedarkan kelengkapan kebersihan seperti tuala, berus gigi, sabun dan beberapa peralatan lain kepada mangsa yang terbabit dalam bencana ini.

“Selain itu, kami juga menziarahi penduduk dan membantu golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang turut terjejas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Alex juga berharap orang ramai turut membantu meringankan beban mangsa dengan menyalurkan sumbangan menerusi akaun Maybank 560241021056 atas nama Malaysia Relief Agency.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Alex di talian 016-8610195. –¬†Oleh Siti Nur Mas Erah Amran/BH Online

Komen


Berita Berkaitan