Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

MPWS wujudkan blog untuk muatkan berita negeri

Pengerusinya Hanaa Wong Abdullah
Pengerusinya Hanaa Wong Abdullah
KOTA KINABALU- Jawatankuasa Wanita dan Media, Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) mewujudkan blog MPWS yang memuatkan berita-berita terkini dan isu-isu mengenai wanita di negeri ini.
Pengerusinya Hanaa Wong Abdullah berkata buat pertama kalinya sejak 25 tahun MPWS ditubuhkan, tahun ini blog www.mpwsonline.com berjaya diwujudkan untuk memuatkan berita-berita dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan akan memasukkan juga berita dalam bahasa Cina dan Kadazandusun.
Beliau berkata, ia adalah sebahagian daripada strategi Jawatankuasa Wanita mendampingi semua lapisan masyarakat terutamanya wanita dan sebagai bahan bacaan atau rujukan kepada pelajar sekolah yang mengambil subjek bahasa Kadazandusun.
“Saya berharap pengwujudan blog berita ini bukan sahaja dapat memberikan pendidikan, informasi terkini dan sahih mengenai wanita tetapi juga dapat meningkatkan kefahaman semua pihak mengenai tanggungjawab MPWS dalam membangunkan wanita di negeri ini.
“Blog ini akan dilancarkan pada tahun ini. Kita akan memuatkan aktiviti dan program anjuran semua jawatankuasa di bawah MPWS termasuk Ekonomi, Pendidikan, Kesihatan, Undang-undang, Sosial, Gender, Wanita dan Media,” katanya, ketika berucap pada majlis Luncheon Talk Bersama Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Sambutan Aidil Fitri, di Ballroom Wisma Wanita, di sini, kelmarin.
Majlis anjuran Jawatankuasa Wanita dan Media MPWS itu dihadiri kira-kira 300 orang terdiri daripada 60 NGO Wanita seluruh Sabah.- oleh Monica Gidong/ SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan